Friday, November 29, 2019

BAB 1 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN



Apa Itu Pengurusan Pembelajaran? 

Definisi Pengurusan

·         Menurut Daft (1997) secara am, pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. Ini dilakukan melalui proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi.(Aizzat Mohd Nasurdin, 2006)
·         Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
·         Parker Follet (1995) seorang pelopor pengurusan klasik, mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.


Definisi Pembelajaran

·         Pembelajaran adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan bertindak secara bebas. (John West-Burnham & Fergus O'Sullivan, 1999)
·         Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. (Fryetal,2003)
·         Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. (Bowerdan Hilgard,1981


Pengurusan Pembelajaran     


1.    Proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian.
2.    Persediaan yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Prinsip-prinsip Pembelajaran
Persediaan pembelajaran
 Pembelajaran lebih berkesan jika terdapat kesediaan dalam pembelajaran.
Perbezaan individu
Perbezaan murid daripada segenap aspek haruslah diketahui agar proses pembelajaran yang  dijalankan berkesan.

Penglibatan yang aktif
 Murid mestilah mempunyai minat untuk melalui proses pembelajaran yang dijalankan.

Motivasi dan dorongan
Setiap individu yang terlibat dalam proses pembelajaran haruslah mempunyai motivasi dan dorongan  agar objektif pembelajaran dapat dicapai.

Sumber :