Apa Itu Pengurusan Pembelajaran?
Definisi Pengurusan
·
Menurut Daft (1997) secara am,
pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara
yang berkesan dan cekap. Ini dilakukan melalui proses perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi.(Aizzat Mohd
Nasurdin, 2006)
·
Harold Koontz (1972) mentakrifkan
pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di
dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
·
Parker Follet (1995) seorang pelopor
pengurusan klasik, mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja
melalui sumbangan orang lain.
Definisi Pembelajaran
·
Pembelajaran adalah suatu proses yang
unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan
bertindak secara bebas. (John West-Burnham & Fergus O'Sullivan, 1999)
·
Pembelajaran adalah perubahan yang
berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya
dalam suatu pengalaman pendidikan. (Fryetal,2003)
·
Pembelajaran merupakan perubahan
tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku
yang boleh diperlihatkan. (Bowerdan Hilgard,1981
Pengurusan Pembelajaran
1.
Proses di mana perancangan,
pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan
perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian.
2.
Persediaan yang perlu dilakukan oleh
guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
dalam kelas.
Prinsip-prinsip Pembelajaran
|
|
Persediaan pembelajaran
|
Pembelajaran lebih berkesan jika terdapat kesediaan dalam
pembelajaran.
|
Perbezaan individu
|
Perbezaan murid daripada segenap aspek haruslah diketahui agar proses
pembelajaran yang dijalankan berkesan.
|
Penglibatan yang aktif
|
Murid mestilah mempunyai minat untuk melalui proses pembelajaran
yang dijalankan.
|
Motivasi dan dorongan
|
Setiap individu yang terlibat dalam proses pembelajaran haruslah
mempunyai motivasi dan dorongan agar objektif pembelajaran dapat
dicapai.
|
Sumber :
No comments:
Post a Comment